Aku tertarik dengan kata-kata ini...
Mengimbau kenangan lalu dalam penulisan Delinkuensi kali ini membawa aku berfikir sejenak tentang putaran waktu, sungguh laju setiap detik dan saat itu meninggalkan kita! Ingin mencoretkan ceritera kita sebagai manusia, mungkin selama ini kita merasa cukup puas kerana diberi waktu untuk menikmati kehidupan ini. Pernah tak terdetik bahawa, anda ingin waktu-waktu dahulu berputar kembali, supaya anda boleh memperbetulkan segala kesilapan dahulu? Emm..Setiap orang mempunyai waktu bersejarah dan berharga masing-masing, bahkan, aku merasa waktu 24 jam yang dianugerahkan oleh Tuhan selalu tidak mencukupi..
Aku banyak menoleh ke masa silam, kata orang "Kejayaan kamu hari ini banyak bergantung kepada kisah lampau mu.." Emmm..aku bersetuju dengan pepatah itu, dari kisah silam kita belajar sesuatu untuk memperbaiki diri dan membuat yang lebih baik lagi pada masa akan datang, kesilapan itu yang mengajar kita untuk lebih tabah dan sabar, sesungguhnya, Tuhan itu maha adil untuk memberikan peluang mencuba..
Namun, kita sering lalai dan alpa..suka mengejar waktu, tidak menghargai detik yang berlalu, dan rasa menyesal setelah waktu meninggalkan kita..
ITULAH MANUSIA DAN WAKTU!!
Renungkanlahh...
Wednesday, September 30, 2009
Tentang Waktu..
Sunday, September 27, 2009
Bila Aku Pejam Mata...
Dah pukul 5.00 pagi niii..
Saja aku mengasah bakat menulis sajak ketika ini kerana tengah buat keja delikuensi insaf laa Konon..hehe..
Thursday, September 24, 2009
Me & KL?? Hehehehe...
See..Me & KLCC?
Hehe..dreams become true, honestly, this is my 2nd exprience, difference is now i'm coming with friends..Emm, nak cerita apa ek?? Seronok bila dapat jalan2 sekali dengan geng2 lain, mana tak nya, penat mana pun tak terasa..dapat makan sedap, turun naik LRT, pergi shopping, tengok wayang..wahhhh..sekali-sekala..
Nak dijadikan ceritanya..Aku, bapa (Moad), Lyn dan Rosca punyala bersemangat dah tunggu bus kat foyer awal2 pagi..tunggu punya tunggu, nasib baik laa ada pak cik bus, bertolak pun dalam kol 8.30, sampai je pekan, terus ada bus g KL dalam kol 9.00 gitu..Bukannya apa, risau si Am ngan kawannya tunggu lama..hehe..
Rasa teruja jugak walaupun dah pernah jalan sekali..Apalagi, mengorak langkah arr dari Masjid Jamek ke KLCC..bab janji ngan Am tunggu sana..Excitednye..Round2 satu KLCC, lepak kat luar..cantikkk!!
NI dalam KLCC..lakaran Ujang sempena Raya..kreatif kan?
Melepak kat luar KLCC..Comel tak??hehe..
Pastu, kami g tengok wayang, movie terbaru..TSUNAMI. Adoiii..sedih giler movie tu, tau tak? Si Rosca laa paling banyak menangis, aku tersentuh gak jiwa, tapi tak la sebak begitu..emm, conclusionnnya, it's valuable to pay RM 8.00, hahaha..Then, Si Am ajak pulak kitaorang g raya umah dia..emm, segan gak nak menyusahkan dia, tapi...kami serbu jugak akhirnya, hahahaha..
Ni tengah tunggu teksi..Nak g serbu rumah Am..Here we come!! yehaaaaaa...
Sampai je..Apalagi makan kuih raya laa..macam2 ada..Kenyang toll..Thanks a alot to Am & family..
Emm..time ni la kat umah orang pun sempat bergambar, lama gak berborak ngan family dia, kecoh jugak..macam dia..hehhehe..
Ok, pasni..Kami meneruskan jelajah kami ke tempat lain pulak..semangat tu tetap adaa..Chayok2!! Syok sangat shopping kat Times Square (tupun tak habis round lagi..) tak sedar dek masa..rush kejar bus, nasib baik laa ada bus kol 9..sampai je umah..apalagi tdoooo..
seperti yang Si Rosca kata, "memang letih badan, bazir duit dan masa..tapi kenangan dan pengalaman tu ada.." Betul2!! Anyway, thanks again friends..seronok holiday sem ni, kalu ada masa lagi..should be there once again!!hahaha..
Ok..stop for today..huhhh..aku ni tulis blog rajin, but my assigment wrispering calling me!! Hehhehe..So, when did you will realize it Sam?? huhu..:(
Tuesday, September 22, 2009
The Climbs.."Love Song???"
Keep on moving,
It’s all about,
Sunday, September 20, 2009
Sudah Jauh Kita dari Nya...
* Aku ingin berkongsi dan merenung kembali bacaan firman hari ini..
- Mazmur 1:1-4 " 1. Berbahagialah orang yang tidak mengikut nasihat orang jahat, tidak mencontohi orang yang berdosa atau bergaul dengan orang yang menghina Allah, 2. Tetapi suka mentaati Taurat Tuhan dan merenungkannya siang malam. 3. Mereka berjaya dalam segala usaha; mereka seperti pokok yang ditanam di tepi sungai yang berbuah pada musimnya, dan tidak pernah layu daunnya. 4. Tetapi orang yang jahat tidak begitu; mereka seperti sekam ditiup angin."
- St Mark 9: 50 " 50. Garam itu baik, tetapi jika garam sudah menjadi tawar, garam itu tidak dapat menjadi masin lagi. Hendaklah kamu menjadi seperti garam dan hidup rukun."
Menyingkap semula tentang firman itu, ternyata sekali Tuhan melarang segenap umatnya melakukan dosa. St Mark 9:43 "jika tanganmu menyebabkan berdosa, potonglah tangan itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah tangan daripada kamu dengan kedua-dua belah tangan masuk ke neraka, ke dalam api yang kekal." Tuhan telah berfirman bahawa mana-mana anggota tubuh kamu yang melakukan dosa akan dibakar dalam api neraka yang tidak pernah padam dan dimakan ulat yang tidak pernah mati..Seperti mana seorang insan itu ingin menjadi sebaik mungkin, namun, kita tidak pernah terpesong dari landasan kejahatan..Aku menyedari bahawa sudah tiba masanya untuk aku mengimbas kembali dosa lama, sekecil-kecil manapun dosa itu....
Manusia jarang sedar apabila melakukan perkara jahat..selalunya manusia menyesal kemudian...Pintu taubat masih terbuka luas untuk umatnya...Renungkanlah betapa kita sudah jauh dariNya..tanganNya samar-samar kelihatan mengapai kita, suaraNya sayup-sayup kedengaran menyeru nama kita...Sedarlah kembali...DIA akan selalu ada untuk kita, amen...
- "Stay with Me and do not be afraid; for the one who seek My life seek your life; you will be safe with Me.." 1 Samuel 22:23..Amen...
Hari Raya???
- Menyediakan juadah raya (Bakar lemang, masak rendang, buat biskut raya, dan sebagainya...)
- Menikmati hidangan setelah sebulan berpuasa..nyumm..nyumm (Pasti ada yang akan naik berat badan nanti..)
- Mengemas rumah (Sehingga tak kelihatan habuk dan...)
- Mengiron beberapa pasang baju raya (Kesian seterika terpaksa bekerja keras..)
- Plan nak jalan2 pergi mana raya nanti
- Fikirkan tentang berapa duit raya yang akan dapat ($$$$$..)
- Mengenang silap dan salah sepanjang hidup ini...
- Mengira berapa jumlah kad raya yang diterima tahun ni...
- Nak main mercun ke bunga api???
- Dan melakukan perkara2 lain yang berkaitan..hehehehe..
Emm..Apapun, masing-masing mempunyai perancangan yang tersendiri. Tapi, aku agak sedih juga bila terkenang akan kawan2 yang tak dapat balik kerana jauh dan ada masalah kewangan..Kalaulah aku..dah menangis meraung-raung, nasib laa Hari Gawai ada cuti,hahahaa...Tak sabar pulak nak tunggu tahun hadapan! Ada juga geng yang jemput beraya bersama, tapi segan pulak..huhuhu..Ada gak yang ajak join rumah terbuka..mmm..Walaubagaimanapun kawan2..Jangan lupa pesanan ikhlas ni :
- Hati-hati bila memandu dan menumpang..
- Minta maaf dengan seikhlas hati..
- Makan ikut keperluan bukan nafsu..
- Insaf dan perbaiki kesilapan lalu..
- Bersyukur atas nikmat yang diberi..
- Jangan lupa assigment (Tu yang penting..)
- Sedaya-upaya mengunjungi sahabat handai dan saudara..
- Berkongsi dengan mereka yang kurang mampu..
- Meluangkan masa sepenuhnya dengan keluarga..
- Jangan membazir bila dah dapat duit raya banyak (Menabunglaaaa...)
- Jangan main mercun (Bahaya!!!)
- Lastly..jangan lupa bawa kuih raya nanti..hehehe
- Semoga panjang umur, murah rezeki..
- Sihat di samping keluarga tersayang..
- Selamat sampai ke destinasi..
- Happy selalu :)
* Cayang korang sume.....Amen.