Blablabla

Sunday, September 20, 2009

Sudah Jauh Kita dari Nya...

Ketika ini, aku termenung sejenak dan berfikir, tadi aku baru menerima khabar bahawa nenek saudaraku sudah meninggal dunia akibat sakit tenat..Terkilan aku dengan khabar berita itu. Lihat, sekejap sahaja Tuhan mengambil nyawa kita, time tidur pun boleh mati..huhuhu...Semenjak belajar di sini, aku jarang menjenguk Rumah Tuhan, terasa rindu dan jauh sekali aku daripada Nya, aku hanya mampu berdoa semoga Tuhan memberkati selalu..Amen.

* Aku ingin berkongsi dan merenung kembali bacaan firman hari ini..

  • Mazmur 1:1-4 " 1. Berbahagialah orang yang tidak mengikut nasihat orang jahat, tidak mencontohi orang yang berdosa atau bergaul dengan orang yang menghina Allah, 2. Tetapi suka mentaati Taurat Tuhan dan merenungkannya siang malam. 3. Mereka berjaya dalam segala usaha; mereka seperti pokok yang ditanam di tepi sungai yang berbuah pada musimnya, dan tidak pernah layu daunnya. 4. Tetapi orang yang jahat tidak begitu; mereka seperti sekam ditiup angin."
  • St Mark 9: 50 " 50. Garam itu baik, tetapi jika garam sudah menjadi tawar, garam itu tidak dapat menjadi masin lagi. Hendaklah kamu menjadi seperti garam dan hidup rukun."

Menyingkap semula tentang firman itu, ternyata sekali Tuhan melarang segenap umatnya melakukan dosa. St Mark 9:43 "jika tanganmu menyebabkan berdosa, potonglah tangan itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah tangan daripada kamu dengan kedua-dua belah tangan masuk ke neraka, ke dalam api yang kekal." Tuhan telah berfirman bahawa mana-mana anggota tubuh kamu yang melakukan dosa akan dibakar dalam api neraka yang tidak pernah padam dan dimakan ulat yang tidak pernah mati..Seperti mana seorang insan itu ingin menjadi sebaik mungkin, namun, kita tidak pernah terpesong dari landasan kejahatan..Aku menyedari bahawa sudah tiba masanya untuk aku mengimbas kembali dosa lama, sekecil-kecil manapun dosa itu....

Manusia jarang sedar apabila melakukan perkara jahat..selalunya manusia menyesal kemudian...Pintu taubat masih terbuka luas untuk umatnya...Renungkanlah betapa kita sudah jauh dariNya..tanganNya samar-samar kelihatan mengapai kita, suaraNya sayup-sayup kedengaran menyeru nama kita...Sedarlah kembali...DIA akan selalu ada untuk kita, amen...

  • "Stay with Me and do not be afraid; for the one who seek My life seek your life; you will be safe with Me.." 1 Samuel 22:23..Amen...

Hari Raya???

Ni tengah buat refleksi Dadah..dah dari tadi asyik dengar lagu raya jeee.. So, teringin pulak nak menulis sepatah dua kata..almaklumlah, cuti2 ni rajin pulak jemari update blog, hahaha..
Oiii..esok dah Raya!! Emm, aku pulak yang sibuk2 macam nak raya, dengar lagu raya, beli kad raya, ucap hari raya...hehehe.. Bukan apa, nilah namanya "1 Malaysia" huuuuaaaaahhhh..Terasa jugak bahangnya!!
Apala geng2 aku tengah buat sekarang ehh?? Mesti tak lekang dek tangan, tak rehat dek kaki, tak putus dek nafas..terkejar-kejar kerana :
  • Menyediakan juadah raya (Bakar lemang, masak rendang, buat biskut raya, dan sebagainya...)
  • Menikmati hidangan setelah sebulan berpuasa..nyumm..nyumm (Pasti ada yang akan naik berat badan nanti..)
  • Mengemas rumah (Sehingga tak kelihatan habuk dan...)
  • Mengiron beberapa pasang baju raya (Kesian seterika terpaksa bekerja keras..)
  • Plan nak jalan2 pergi mana raya nanti
  • Fikirkan tentang berapa duit raya yang akan dapat ($$$$$..)
  • Mengenang silap dan salah sepanjang hidup ini...
  • Mengira berapa jumlah kad raya yang diterima tahun ni...
  • Nak main mercun ke bunga api???
  • Dan melakukan perkara2 lain yang berkaitan..hehehehe..

Emm..Apapun, masing-masing mempunyai perancangan yang tersendiri. Tapi, aku agak sedih juga bila terkenang akan kawan2 yang tak dapat balik kerana jauh dan ada masalah kewangan..Kalaulah aku..dah menangis meraung-raung, nasib laa Hari Gawai ada cuti,hahahaa...Tak sabar pulak nak tunggu tahun hadapan! Ada juga geng yang jemput beraya bersama, tapi segan pulak..huhuhu..Ada gak yang ajak join rumah terbuka..mmm..Walaubagaimanapun kawan2..Jangan lupa pesanan ikhlas ni :

  • Hati-hati bila memandu dan menumpang..
  • Minta maaf dengan seikhlas hati..
  • Makan ikut keperluan bukan nafsu..
  • Insaf dan perbaiki kesilapan lalu..
  • Bersyukur atas nikmat yang diberi..
  • Jangan lupa assigment (Tu yang penting..)
  • Sedaya-upaya mengunjungi sahabat handai dan saudara..
  • Berkongsi dengan mereka yang kurang mampu..
  • Meluangkan masa sepenuhnya dengan keluarga..
  • Jangan membazir bila dah dapat duit raya banyak (Menabunglaaaa...)
  • Jangan main mercun (Bahaya!!!)
  • Lastly..jangan lupa bawa kuih raya nanti..hehehe
Amboi..banyak pula celoteh aku ni..suka je menyibuk kan?? Tapi, apa yang pasti, aku tumpang happy ngan geng2 semua yang celebrate raya tuu..Aku doakan :
  • Semoga panjang umur, murah rezeki..
  • Sihat di samping keluarga tersayang..
  • Selamat sampai ke destinasi..
  • Happy selalu :)

* Cayang korang sume.....Amen.

Wednesday, September 16, 2009

Mrs. Lonely..:(

Haloooo..lama dah ek tak menulis ni, teringin plak nak bercerita bila baca blok geng yang lain, selalu terisi dengan informasi terbaru, gossip terkini, cerita sensasi, cerita hot & spicy..alaaaa..macam order kat KFC plak, hehehe..(Lama tak makan KFC sebenarnya..)
Emm..pejam celik mata dah nak habis puasa, cepat tol masa berlalu..seronok gak boleh pose sekali, bukanya apa..it's good for me to diet..hehe. sekarang ni pun, dah kurus la sekit, hahaha..Bercakap tentang peredaran waktu, sekejap je dah nak habis sem ni, rasa cam baru sejenak mendaftar sem 1, aduii..apa kena ni sam?!! Oh ya, ke situ pulak dah, ni nak cerita cuti raya hampir tiba, semua geng2 balik kampung, seronoknya, boleh luangkan masa bersama keluarga. alangkah bagus kalau rumah dekat je, boleh la join sekaki..
Ni yang malas2 kalau time cuti ni, aku apalagi, dok melayan movie kat Youtube je laaaa..tu je cara nak hilangkan rasa bosan. Buat assigment..ahemmm2 nanti2 laa kot, hehehehe..Cadangnya cuti ni nak balik KL umah uncle, tapi kesian pulak nak tinggal member sorang2, maybe, it's better if i stay here..huhuhu..Geng umah pun dah mulai blah..
Emm..harap2 la masa cuti ni terisi dengan benda yang bermanfaat, aduii..ni la masanya nak settle sume keja yang terbengkalai..Takpe, kalu ada rezeki nanti, ada la g jalan2 KL..cuci mata jeeee..(Mo luii) Actually, im really miss my family, deep in my heart, i hope that they will be fine and i love them so muchhhh!!!
so, before im ends up my sharing, saya doakan semoga sahabat2 semua bergembira menyambut Aidilfitri tahun ni, dimurahkan rezeki & paling penting bawa kuih raya balik..hahhaha..im waiting!!

Wednesday, August 5, 2009

syok nye..CAMERON!!!!

Emm..syok betul lah bercuti kat Cameron..thanks Ct yang baik hati menjemput aku ngan kawan menumpang kat umah..hehe..mulanya tak sudi nak ikut, maklumlah, malas nak menyusahkan family orang, tapi, pujuk punya pujuk, join jugak..ni pun pasal UPSI kena tutup, dapat cuti seminggu, apalagi..hahahaha..
Bertolak pukul 11.30 pg dari Tanjung Malim..dengan pakai mask nye..aduiiii..RIMASSSss!!! Nak wat camne, untuk keselamatan, risau gak, jalan2 time tengah gawat ni..Semoga Tuhan melindungi selalu, Amen..emm, sampai Ipoh terus g makan..tunggu plak famili Ct datang jemput, ada gak aku ajak kawan join sekali..alaaala..segan plak dia!!
Emm, sambil bercuti ni, xssigment tak leh lupa..DR. jazimin punya laaa..huhhhhh...
Ok..blah dulu, nanti cerita lagi..hehe

Thursday, July 30, 2009

Kami Dikuarantinnnnnnn!!!

Aduiii..
kena kuarantin pulak!! UPSI terpaksa ditutup buat sementara waktu..emm..ni semua pasal wabak H1N1 yang kian menular kini..risau pulak, nak pergi mana-mana pun takut..
bertuah betul lah kolej Za'ba, semua makan minum ditanggung, thanks atas keprihatinan semua..Tindakan pantas u'all telah menyelamatkan ramai penghuni, apalagi..kami yang menjadi JMK ni lah yang terkejar-kejar dan berusaha untuk menghulurkan bantuan seboleh mungkin..emm..
Apa yang menyedihkan, Open Day kolej za'ba terpaksa ditangguhkan ekoran daripada kes ini..apakan dayaaaa, sabar je lah..(Sedih2)
oh ya..rasanya, memang terpaksa balik tempat kawan ar ni..berkampung sebentar..Amen, semoga Tuhan senantiasa melindungi dan memberkati selalu..risau pulak...hehehe
emm.. bz tol lah sem ni, masa untuk diri sendiri pun takde..buat xssigment pun jarang ada masa terluang..huhu..sejak dua menjak ni berkecimpung ngan JMK..huhhhhh.. tapi, syukur gak, dapat partner yang manja..hehehe..
ok arrr..nak blah dulu ni, banyak lagi benda menunggu..walau apapun..chayok2!!!