NEGARA
Lagi wanita hamil maut selepas diragut
Oleh ZAID MOHD. NOORzaid.mohdnoor@kosmo.com.my
BEBERAPA anggota polis memeriksa mayat Saripah yang dilanggar kereta selepas diragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh, Kota Bharu semalam.
Lagi wanita hamil maut selepas diragut
Oleh ZAID MOHD. NOORzaid.mohdnoor@kosmo.com.my
BEBERAPA anggota polis memeriksa mayat Saripah yang dilanggar kereta selepas diragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh, Kota Bharu semalam.
Huhh..apa nak jadi lah dengan generasi kita kini? Belum pun reda kes ragut semalam, yang menyebabkan kematian seorang wanita yang hamil 2 bulan..kesian nyerr..mm, tak tau nak cakap apa..
Mana perginya keperimanusiaan dan belas kasihan insan yang bergelar manusia, persoalan ini sebenar sudah lama bermain dalam benak aku, teringat lagi, perkongsian aku dengan seorang warga Gaza, sedih apabila aku mengenangkan kesengsaraan hidup di bumi Gaza itu..bahkan ini? Si peragut rakus yang tiada hak untuk merampas nyawa mereka yang tidak berdosa, apa lagi, kepada anak kecil yang masih belum sempurna sifatnya..
Terkadang aku termanggu dan gentar untuk memikirkan siapa sebenarnya makluk ciptaan Tuhan yang mempunyai kewarasan dan akal fikiran? Oh God..Mereka inikah yang bakal aku hadapi nanti?
Mungkin benar, mulutku lancang mengatakan, tetapi hakikat itulah yang payah untuk ditelan. mungkin benar, dunia sudah semakin uzur, kotor dengan dosa yang bergelumang, bumi sudah letih melihat karenah manusia..yang sepatutnya berbaik antara satu sama lain..mengikuti setiap ajaran Nya.. namun, semuanya hanya indah khabar dari rupa!! Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul..semoga roh mereka dicucuri dengan rahmat dan berkat, amen. Sesungguhnya manusia itu perlukan bantuan..bantuan iman dan kesedaran..semoga diberi jalan yang terang..
Setiap perkara yang berlaku itu, baik atau buruk ada balasanya..Tuhan lebih mengerti dan maha mengetahui..semoga apa yang berlaku, dijadikan sebagai pengajaran..untuk masa hadapan..sebagai renungan, betapa sakitnya remaja kita dewasa ini, Generasi yang perlu diubat dan disemai nilai-nilai murni dan moral agar tidak terus lemas dalam dosa duniawi. Kemanakah kakiku melangkah, seandainya jalan yang aku titi itu penuh ranjau berduri? Renungkanlah teman...
No comments:
Post a Comment