"HAMKA - Semua manusia dianugerahkan KEGEMBIRAAN sama ada pada awal, tengah & akhir hidupnya. Maka, apabila hidup kita tragis, barangkali kita telah menikmati kegembiraan itu masa lalu.. Suka & duka silih berganti umpama sesetia malam kepada siang. Kedua-duanya pasti ada.."
Benarlah apa yang pernah berlaku samaada baik ataupun buruk mempunyai hikmah disebaliknya..mungkin apa yang aku alami tidak sama seperti insan lain..namun, aku percaya setiap percaturan daripadaNya pasti tersirat sesuatu yang tidak kita ketahui. KENAPA AKU BERKATA DEMIKIAN???
aku sangat gembira hari ini, tiada kata yang mampu aku ungkapkan untuk menyatakan kegembiraan hati yang aku alami hari ini. Mana taknya, perkara selama ini yang mengusarkan aku akhirnya terungkai jua apabila keputusannya keluar hari ini. Woauuuu..terjerit aku tatkala mata memandang ke arah skrin laptop terpampang result praktikum untuk sem ini!! tertulis abjad 'A' disitu..ya Tuhan..apakah benar yang aku lihat sekarang ini?? Hanya itu saja yang mampu terpancul daripada bibirku. Mana taknya, teringat lagi saat-saat kali terakhir aku menghantar repot ke UPSI..semuanya serba tidak lengkap..kembali semula ke Sarawak..aku masih lagi berusaha untuk menyiapkan mana yang termampu..sehingga Jumaat itu (27 Mei 2011). Tidak tidur aku berusaha untuk memberikan yang terbaik. Apa perkara yang begitu membuatkan aku terkilan adalah apabila pensyarah pembimbing aku langsung tidak memberikan apa-apa respon bila mana aku menyatakan rasa maaf kepadanya. Perkara ini menyebabkan aku rasa sangat rasa bersalah..sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku. Terima kasih kepada para sahabat yang tidak pernah putus-putus memberikan sokongan dan dorongan kepada aku dalam menempuh saat itu. Nahhh..lihatlah hasilnya kini...sesuatu yang di luar jangkaan!!!!
Tiada kata terbaik yang boleh aku ucapkan kepada Puan Jun..hanya titipan terima kasih yang tidak terhingga aku kirimkan kepadanya. Tidak ku sangka, Puan Jun begitu orangnya..maafkan kami puan seandainya apa yang kami berikan tidak memuaskan hati..Apapun setiap usaha pasti ada ganjarannya dan aku percaya akan keberkatan yang Tuhan berikan. Terima kasih Tuhan diatas kebaikkan Mu kerana tidak pernah jemu memberikan aku kekuatan dalam menghadapi dugaan lalu!! sesungguhnya, aku amat percaya pada apa yang telah Engkau lakukan ke atas diri ini. "God see what you have done..and His know what is the best for you.."..
Nyenyak tidurlah aku malam ini..kerana semua beban hati terungkai dengan keputusan ini. Tidak sia-sia lah pengajian aku selama 4 tahun di UPSI..dan ini akan aku hadiahkan buat orang tuaku yang telah banyak mendoakan kejayaan aku..Apapun, akan aku khabarkan buat insan-insan yang percaya kepada aku bahawa aku mampu menghadapi semua itu..yeahhhhh..tunggulah berita baik ini yahh!!! Aku sengaja untuk kongsikan semua ini, kerana tiada apa yang boleh aku gambarkan untuk rasa gembira ini, semoga apa yang telah berlaku memberikan 1001 pengajaran dan pengalaman kepada aku dalam bersedia menghadapi apa yang akan berlaku kelak. Tahniah untuk diriku sendiri..sesungguhnya inilah hadiah terbaik buat aku sepanjang 8 semester menuntut ilmu!!!!
"kekadang kita suka mengeluh dan kurang yakin pada diri..namun, bila kita telah berusaha dan pasrah dengan berdoa..walauapapun hasilnya, kita tetap bersyukur dan tidak menyesal kerana itu adalah hadiah daripada keberkatan doa dan harapan insan-insan yang senantiasa percaya dan yakin padamu. Langkah terbaik adalah teruskan perjuangan dan nescaya kamu akan merasai nikmatnya kemudian nanti.."
No comments:
Post a Comment