yeahhhhh..it's seem so olng that i'm not writing here..HOw are you?? Hope everbody will fine..i'm just home 2 weeks ago..and have a great time with my families..as you all knows, that i'm celebrating my Gawai a week ago, owhh...how nice it's is..
errmm..agaknya sudah hampir lebih dua minggu aku habis berpraktikum..penat lelah dalam usaha menyiapkan repot sedikit sebanyak memberikan aku "stress", mana taknya, banyak lagi yang belum disettlekan, sehingga saat-saat akhir pun aku masih berusaha untuk melakukan terbaik..bayangkan, pada hari nak emelkan repot for the second time, aku accident..wouu..make me so fobia to ride a motocycle..huhukhuk..apapun, semuanya diharapkan baik-baik belaka, dan dipeermudahkan semuanya, dilembutkan hati lecturer, dan berbaloi segala usaha!!! May God Bless..amen..Tapi ada satu perkara yang amat sukar untuk dilupakan iaitu kenangan termanis yang pernah aku lalui sepanjang menjadi kaunselor pelatih di SMK Sri Tapah..walaupun pelbagai pahit manis yang dilalui tetapi semua itu bukan alasan untuk mematahkan semangat menjadi seorang pendidik kelak (tengah bersemangat niee) hahhaha....Terima kasih tidak terucap kepada semua yang pernah hadir dalam kehidupan aku di sana...
bakal menempuh segaris kehidupan yang belum pasti lagi membuatkan aku sedikit takut untuk melangkah ke kehadapan, mungkin cabaran dan tanggungjawab sebagai seorang 'kaunselor' dirasakan payah untuk dipikul..pantang bila ada yang mengatakan "alaa..awak tu kaunselor..kerja senang jerr..duduk dan dengar masalah orang lain.." atau "awak tuu kaunselor tak mengajar pun.." atau "awak tuuu kaunselor..mana boleh marah-marah orang..sepatutnya lebih postitif.." fuhhhh...hangat hati dan telingga bila mana ada insan yang memperlekehkan tugas sebagai kaunselor, mungkin ada yang melihat perkara itu mudah, tetapi bagi sesiapa yang pernah merasai dan melihat alangkah murninya jawapan yang diberikan "nasib baik saya tidak diberikan bidang kaunseling...kalau tak.." atau "owhhh..barulaa saya faham dan mengerti tugas awak yang berat ini...kalau laa saya..tak sanggup.." begitu laa jawapan yang pernah aku dengar dari mulut beberapa sahabat rapat yang begitu memahami dan sering membantu aku ketika dalam apa jua keadaan sepanjang di sana...terima kasih kerana begitu memahami...
semoga aku diberikan kekuatan untuk menempuh apa jua dugaan yang bakal mendatang, kerana aku tidak tahu apakah bentuk cabaran lain yang menunggu di hadapan sana..juga diharapkan mendapat seseorang yang boleh memahami dan membantu di kala buntu..kerana, seorang kaunselor mungkin hebat menjadi pendengar kepada orang lain, tetapi buntu dan kelu bila berhadapan dengan masalah sendiri...hahhahaa...benarkah begitu??? renungkanlaa..
"kehebatan seseorang itu bukan terletak pada ilmu pengetahuan sahaja..tetapi ada terletak pada ketulusan hati untuk mengenali dan memahami..dan bukan semua orang mempunyai kehebatan hati yang luar biasa..jadikan dirimu seperti seorang yang luar biasa..kerana insan yang luar biasa bisa merubah sesuatu yang tidak baik itu kepada sesuatu yang lebih bermakna..dan kepuasan itu adalah yang terbaik.."
No comments:
Post a Comment