Blablabla

Friday, March 5, 2010

Sejauh Mana Sedarnya Manusia???


ORANG ramai menenangkan S Karigalan, 42, (kanan) dan K Thilagavathy, 23, yang tidak dapat menahan kesedihan ketika melihat mendiang anak mereka di Pangsapuri Bestari Damansara, Kuala Lumpur, semalam.



PETALING JAYA: Belum pun selesai kes Syafia Humairah Sahari, tiga tahun, yang mati ditendang dan dipijak teman lelaki ibunya, minggu lalu, seorang lagi kanak-kanak berusia 18 bulan pula menjadi korban terbaru kes penderaan. Dalam kejadian di Pangsapuri Bestari Damansara, Kayu Ara di sini, malam kelmarin, K Hares-varran dikatakan dipukul dan dipijak suami jiran keluarganya hingga menyebabkan hati kanak-kanak lelaki itu pecah dan enam tulang rusuknya patah. Haresvarran dipercayai didera antara jam 10 malam dan 12 tengah malam kelmarin ketika ibu bapanya, masing-masing penerbit filem dan pekerja sambilan, meninggalkan mangsa di rumah jirannya



Arjunadi berkata, suspek berusia 33 tahun kemudian menjemput mangsa di rumah wanita tua itu, tetapi Haresvarran dikatakan enggan mengikutnya dan menangis walaupun selepas dipujuk, termasuk diberikan coklat. "Dia mungkin takut sebab pernah didera suspek. Ini menyebabkan lelaki itu berang lalu memukul mangsa berulang kali sebelum mengheretnya ke padang permainan (di tingkat bawah pangsapuri) dan memijaknya tanpa belas kasihan. "Suspek hanya menghentikan tindakannya apabila kanak-kanak itu tidak sedarkan diri sebelum membawanya ke klinik berhampiran. Mangsa kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kecederaan serius dan disahkan mati sebaik tiba di hospital," katanya. Ini kejadian kedua membabitkan kematian kanak-kanak mangsa dera dalam tempoh seminggu. Khamis lalu, Syafiah Humairah mati dipukul dan ditendang teman lelaki ibunya di Sungai Pelong, Hulu Selangor.
Arjunadi berkata, suspek yang bekerja sebagai kelindan lori membuat laporan di Balai Polis Damansara Utama jam 12.35 tengah malam, kelmarin, dengan mendakwa Haresvarran mati tercekik makan gula-gula. "Maklumat itu bercanggah dengan laporan perubatan, termasuk bedah siasat yang mengesahkan mangsa mati akibat kecederaan dalaman yang serius. "Di badan mangsa ada banyak kesan lebam lama dan baru, selain tulang rusuknya patah dan hatinya pecah," katanya.




KEMANA PERGI NYA AKAL MANUSIA? SEHINGGA INSAN SEKECIL ITU MENJADI MANGSA???




ternyata isu ini seperti trend..penderaan ini dilihat sebagai suatu yang kian menjadi-jadi...Aku mulai tersedar, dengan insan sekecil itu pun sanggup..




DIBELASAH, DIPIJAK, DIBAKAR, DITENDANG, DITUMBUK, DIBUANG, DISAKITI...


huuhhh..Berat bahu memikul berat lagi mataku memandang...Mana perginya nilai moral, perasaan belas kasihan, kasih sayang, ingin melindungi dan menghargai?? sehingga insan tidak terdaya ini dianggap sebagai satu tempat untuk melepaskan geram dan amarah....Bukan itu, cara yang terbaik dan afektif...Payah untuk menggambarkan hati budi MANUSIA seperti itu..


ADAKAH SAMA TARAF DENGAN BINATANG??? Wahh..BINATANG?? Rasanya, binatang lebih tahu untuk MENGASIHI antara satu sama lain, tahu erti CINTA SAYANG, tahu untuk MELINDUNGI, tahu BELAS KASIHAN, tahu untuk BERKORBAN...







entah bilakah keadaan ini akan berakhir??







No comments:

Post a Comment