Blablabla

Thursday, February 25, 2010

GADOH???


Disebabkan silang budaya...
Emm..sekarang nie baru lepas tonton movie Gadoh..this is my second time to watch this movie. Really nice...beberapa kali tengok pun tak bosan. I'm suggest this film to my partner for our assigment. Cerita ini bagiku amat menarik, banyak meninggalkan pengajaran dan pengalaman..Sangat menyentuh perasaan dan sesuai untuk bakal guru..hehehe..
i learned a lot from this movie, about how to help students who have social background. Cerita ini mempamerkan topeng sebenar siapakah "budak bermasalah" pada pandangan guru. Watak En.Azman (Namron) sebagai seorang yang berjiwa seni, meminati seni teater. Aku melihat watak En. Azman ibarat seorang "KAUNSELOR" yang memahami permasalahan pelajar dan terus berusaha untuk mendekati dan membantu mereka. Erti putus asa dan berusaha itu banyak dilihat dalam cerita ini..walaupun, jalan ceritanya ringkas..namun, bagi aku cukup meninggalkan kesan yang mendalam, terutama mengajar apakah sebenarnya makna PENDIDIK dan INSTITUSI SEKOLAH itu..
Pendekatan teater ini mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu intervensi terbaru dalam bidang kaunseling. Kaedah ini menyentuh secara tidak langsung perubahan tingkahlaku pelajar sedikit demi sedikit. Malah, ia sesuai jika ingin memahami dan mendekati pelajar. Mungkin ramai yang tidak menyokong cerita ini yang dianggap boleh mencetuskan isu perkauman, merosakkan minda..tetapi, bagi aku itu adalah realiti kehidupan yang harus diterima dan diperbaiki. Lantang aku mengandaikan bahawa, mereka2 itu sebenarnya HIPROKRIT untuk menerima HAKIKAT sebenar...huhhh..
Aku terfikir sejenak bagaimana aku jika berhadapan dengan situasi ini? Dengan keadaan pentadbiran dan guru yang kurang menyokong, mungkin ini yang akan menjadi penghalang jika tidak ditabahkan hati dan sabar. Pada pendapat saya, pendekatan teater mungkin merupakan salah satu intervensi terbaru untuk menyelami kehidupan pelajar bermasalah sosial. Rugi loo kalu tak tonton cerita nie...heheheh
Bukan berniat untuk menyampaikan sesuatu yang buruk ataupun sengaja ingin menjejaskan imej kaum lain, tetapi hanya mahu berkongsi sedikit......'KEBENARAN KEHIDUPAN'
semoga menjadi pedoman dan tauladan...

No comments:

Post a Comment