Blablabla

Friday, December 3, 2010

itu MEREKA..Dihearty..

apa kes sekarang ni??duduk kebosanan..hari ni ada 2 perkara yang mengembirakan firstly..baru ambil tesis yg siap sepenuhnya dijilid..waaaaa..rasa seronok tak terhingga... secondly..hari ni besday my mum..sangat bahagia!!!!! but, tak berkesempatan lagi nak nyanyikan lagu tuk dia..errmmm..Sangat berpuas hati dengan kehebatan dan kesabaran diri dalam usaha menyempurnakan tesis ni, cabaran datang berganti tapi dipermudahkan jua akhirnya, tu la aku katakan, "My God is always be there with me.." Thanks Lord...


hari ni aku membaca blog seorang sahabat karib Roscayu a.k.a Mak cik..errrmm, terasa sedih sesangat bila dia imbas kembali kenangan2 yang pernah dilalui sepanjang 3 tahun setengah di sini, tak terkira rasanya memori2 indah yang pernah dilakukan bersama..ohhhh..pas ni bila la ada peluang tuk buat perkara2 yang gila2..hahahaha..(gila ker?rasanya sahabat2 karib aku semua nya memang kurang betul..hehhee..) Menyingkap kembali kisah dolu2..................
antara kisah2 menarik yang kekal segar di ingatan :

1. Kisah salah seorang insan polos dan tidak kisah apa yang orang nak kata...

Masa kejadian : suatu ketika di pasar malam tanjung malim, minggu pertama menjejakan kaki di UPSI...ketika suasanan sedang sibuk, hingar bingar dengan orang2 yang tidak kenal putus asa tentang erti "nak balik umah"

Mangsa kejadian : tutttt..(hanya ingin dikenali sebagai mak...)

Tempat kejadian : di depan bus stop pasar...

Sinospsis kejadian ; ketika orang tengah berpusu2 ingin meloloskan diri pulang ke kolej, adala beberapa insan yang mempunyai perasaan yang serupa. Oleh kerana terlalu ghairah dan dikuasai oleh sifat kurang sabar, satu tragedi lucu telah berlaku, bus yang tak tau arah tuju nak parking kat mana telah menyebabkan hampir melangagr dua orang pelajar malang..(nama dirahsiakan), tayar bus tersebut telah mengheret beg plastik yang telah dipegang, dan sedikit hampir mengoles kaki salah seorang mangsa..fuhhhhh....dasyat sungguhhhh...dan pada waktu itu, terdapat dua orang hero telah bertindak gentleman merangkak ke bawah bus dan mengutip barang2 yang bertaburan..tiba2...."Aku rasa macam kenal jerr selipar nieee...siapa punya" jerit salah seorang mangsa..dalam kepayahan dan keriuhan orang ramai..muncullah kelibat seorang insan "Weeeiiiii...aku punya laaa selipar tuuuuu..." dengan tidak segan silunya, dia terus mengambil selipar itu....apalagi..pecah perut la sahabat2 lain mentertawakannyaa..."HAHAHHAHAAHAHHHAAHAHAA...." hanya seorang saja dari kalangan insan tersebut berjaya memboloskan diri ke dalam perut bas....

Pengajaran : jangan terlalu rakus dalam mengejar sesuatu sehingga menyebabkan diri sendiri disusahkan..sabar itu penting...lagi satu, aku kagum ngan sifat insan tersebut, "peduli apa orang kata..yang penting matlamat aku berjaya..hehhehe...


2. Kerana puasa....


Masa kejadian : time puasa..(tak ingat plak tarikh bila), ketika itu, beberapa orang insan tengah bersusah payah mengutip derma dari blok ke blok..dalam keadaan yang panas terik..tidak langsung menghalang insan2 itu menunaikan tanggunjawab yang diamanahkan...(Bagusssss..)


Mangsa kejadian : tuttttt..(hanya ingin dikenali sebagai mummy..)


Tempat kejadian ; di sekitar blok ** dan adanya tertanam sepohon pokok sireh


sinopsis kejadian : beberapa orang insan tengah gigih melaksanakan tugas sebagai AJK blok..mengutip wang untuk derma (kalu tak silap..tak seberapa nak ingat laaa..) then, adala seorang insan ini berasa curious ingin tahu bagaimanakah rasa daun sireh..insan ini (hanya ingin dikenali sebagai Roskayu) telah menyuarakan keinginannya..ntah bagaimana..apa yang berlaku aku pun tak tau laaa..konon..dengan baik hatinya seorang insan ini telah mengOFFERkan dirinya tuk memetik dan merasa daun sireh itu.."errmm...daun dia rasa pedas laa..berangin2 sikit..."kata mangsa tersebut. Lalu..kengkawan insan itu yang sedia ada suka ketawa telah tersedar.."Weeiiiii...ko tak puasa kerrr?" KAKAKAKKAKKAKAKAHHHH....

Pengajaran : beringat-ingat la selalu, jangan terlampau lurus bendul..kawal nafsu makan..tau laa mentang2 la lapar katakan...hehhehe..

adoiiiii..lawak betul laa hidup cengini..itu la antara memori lucu2 yang segar di ingatan aku..wahhh..tak sangka dah sem 7 pun masih teringat zaman dolu2..budak mentah dan baru nak belajar katakan...apapun, korang la sahabat dunia akhirat aku..sangat2 sayang kat korang, pahit manis kita kongsi bersama..kadang2 gaduh2 sayang...tapi itula yang memberikan makna dalam kehidupan aku, menjadikan hidup penuh warna warni dan wangi dengan gelak ketawa, sedih duka..thanks soo much sebab korang selalu ada di disisi memberikan galakan dan menemani....tiada yang dapat aku beri selain daripada DOA semoga berjaya hendaknya...diberikan kesihatan selalu..dan tabah menghadapi apa jua rintangan dan cabaran..Aku berpercaya kalian semua pasti BOLEh punya!!!!!!


coretan khas ini aku hadiahkan buat insan2 itu..may our friendship last forever...

No comments:

Post a Comment