Blablabla

Sunday, September 27, 2009

Bila Aku Pejam Mata...

Bila aku pejam mata...
Aku membayangkan apa saja
tentang impian, mimpi dan kebimbangan
mungkin
itu bukan seperti yang aku harapkan..

Bila aku pejam mata...
terasa sesak di dada
kerana dunia semakin memaksa
untuk aku lebih tabah
meniti hari mendatang..

Bila aku pejam mata...
aku teringatkan bintang
yang paling gemerlapan
ingin aku peluk bintang itu
agar aku terang
tapi
kekalkah ia bercahaya?
atau
sekadar indah di mata?
Bila aku pejam mata...
aku perlu sedar dan terngada
dari dunia pinjaman ini
jangan terus hanyut, alpa
kerana
aku tidak tahu ketika
bila
aku akan pejam mata selamanya...
Renungkanlah..
Dah pukul 5.00 pagi niii..
Saja aku mengasah bakat menulis sajak ketika ini kerana tengah buat keja delikuensi insaf laa Konon..hehe..




No comments:

Post a Comment