Blablabla

Sunday, September 20, 2009

Hari Raya???

Ni tengah buat refleksi Dadah..dah dari tadi asyik dengar lagu raya jeee.. So, teringin pulak nak menulis sepatah dua kata..almaklumlah, cuti2 ni rajin pulak jemari update blog, hahaha..
Oiii..esok dah Raya!! Emm, aku pulak yang sibuk2 macam nak raya, dengar lagu raya, beli kad raya, ucap hari raya...hehehe.. Bukan apa, nilah namanya "1 Malaysia" huuuuaaaaahhhh..Terasa jugak bahangnya!!
Apala geng2 aku tengah buat sekarang ehh?? Mesti tak lekang dek tangan, tak rehat dek kaki, tak putus dek nafas..terkejar-kejar kerana :
  • Menyediakan juadah raya (Bakar lemang, masak rendang, buat biskut raya, dan sebagainya...)
  • Menikmati hidangan setelah sebulan berpuasa..nyumm..nyumm (Pasti ada yang akan naik berat badan nanti..)
  • Mengemas rumah (Sehingga tak kelihatan habuk dan...)
  • Mengiron beberapa pasang baju raya (Kesian seterika terpaksa bekerja keras..)
  • Plan nak jalan2 pergi mana raya nanti
  • Fikirkan tentang berapa duit raya yang akan dapat ($$$$$..)
  • Mengenang silap dan salah sepanjang hidup ini...
  • Mengira berapa jumlah kad raya yang diterima tahun ni...
  • Nak main mercun ke bunga api???
  • Dan melakukan perkara2 lain yang berkaitan..hehehehe..

Emm..Apapun, masing-masing mempunyai perancangan yang tersendiri. Tapi, aku agak sedih juga bila terkenang akan kawan2 yang tak dapat balik kerana jauh dan ada masalah kewangan..Kalaulah aku..dah menangis meraung-raung, nasib laa Hari Gawai ada cuti,hahahaa...Tak sabar pulak nak tunggu tahun hadapan! Ada juga geng yang jemput beraya bersama, tapi segan pulak..huhuhu..Ada gak yang ajak join rumah terbuka..mmm..Walaubagaimanapun kawan2..Jangan lupa pesanan ikhlas ni :

  • Hati-hati bila memandu dan menumpang..
  • Minta maaf dengan seikhlas hati..
  • Makan ikut keperluan bukan nafsu..
  • Insaf dan perbaiki kesilapan lalu..
  • Bersyukur atas nikmat yang diberi..
  • Jangan lupa assigment (Tu yang penting..)
  • Sedaya-upaya mengunjungi sahabat handai dan saudara..
  • Berkongsi dengan mereka yang kurang mampu..
  • Meluangkan masa sepenuhnya dengan keluarga..
  • Jangan membazir bila dah dapat duit raya banyak (Menabunglaaaa...)
  • Jangan main mercun (Bahaya!!!)
  • Lastly..jangan lupa bawa kuih raya nanti..hehehe
Amboi..banyak pula celoteh aku ni..suka je menyibuk kan?? Tapi, apa yang pasti, aku tumpang happy ngan geng2 semua yang celebrate raya tuu..Aku doakan :
  • Semoga panjang umur, murah rezeki..
  • Sihat di samping keluarga tersayang..
  • Selamat sampai ke destinasi..
  • Happy selalu :)

* Cayang korang sume.....Amen.

No comments:

Post a Comment