Blablabla

Sunday, September 20, 2009

Sudah Jauh Kita dari Nya...

Ketika ini, aku termenung sejenak dan berfikir, tadi aku baru menerima khabar bahawa nenek saudaraku sudah meninggal dunia akibat sakit tenat..Terkilan aku dengan khabar berita itu. Lihat, sekejap sahaja Tuhan mengambil nyawa kita, time tidur pun boleh mati..huhuhu...Semenjak belajar di sini, aku jarang menjenguk Rumah Tuhan, terasa rindu dan jauh sekali aku daripada Nya, aku hanya mampu berdoa semoga Tuhan memberkati selalu..Amen.

* Aku ingin berkongsi dan merenung kembali bacaan firman hari ini..

  • Mazmur 1:1-4 " 1. Berbahagialah orang yang tidak mengikut nasihat orang jahat, tidak mencontohi orang yang berdosa atau bergaul dengan orang yang menghina Allah, 2. Tetapi suka mentaati Taurat Tuhan dan merenungkannya siang malam. 3. Mereka berjaya dalam segala usaha; mereka seperti pokok yang ditanam di tepi sungai yang berbuah pada musimnya, dan tidak pernah layu daunnya. 4. Tetapi orang yang jahat tidak begitu; mereka seperti sekam ditiup angin."
  • St Mark 9: 50 " 50. Garam itu baik, tetapi jika garam sudah menjadi tawar, garam itu tidak dapat menjadi masin lagi. Hendaklah kamu menjadi seperti garam dan hidup rukun."

Menyingkap semula tentang firman itu, ternyata sekali Tuhan melarang segenap umatnya melakukan dosa. St Mark 9:43 "jika tanganmu menyebabkan berdosa, potonglah tangan itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah tangan daripada kamu dengan kedua-dua belah tangan masuk ke neraka, ke dalam api yang kekal." Tuhan telah berfirman bahawa mana-mana anggota tubuh kamu yang melakukan dosa akan dibakar dalam api neraka yang tidak pernah padam dan dimakan ulat yang tidak pernah mati..Seperti mana seorang insan itu ingin menjadi sebaik mungkin, namun, kita tidak pernah terpesong dari landasan kejahatan..Aku menyedari bahawa sudah tiba masanya untuk aku mengimbas kembali dosa lama, sekecil-kecil manapun dosa itu....

Manusia jarang sedar apabila melakukan perkara jahat..selalunya manusia menyesal kemudian...Pintu taubat masih terbuka luas untuk umatnya...Renungkanlah betapa kita sudah jauh dariNya..tanganNya samar-samar kelihatan mengapai kita, suaraNya sayup-sayup kedengaran menyeru nama kita...Sedarlah kembali...DIA akan selalu ada untuk kita, amen...

  • "Stay with Me and do not be afraid; for the one who seek My life seek your life; you will be safe with Me.." 1 Samuel 22:23..Amen...

No comments:

Post a Comment