Ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi,
itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal,
itu adalah kunci menuju syurga.
Aku tertarik dengan kata-kata ini...
Mengimbau kenangan lalu dalam penulisan Delinkuensi kali ini membawa aku berfikir sejenak tentang putaran waktu, sungguh laju setiap detik dan saat itu meninggalkan kita! Ingin mencoretkan ceritera kita sebagai manusia, mungkin selama ini kita merasa cukup puas kerana diberi waktu untuk menikmati kehidupan ini. Pernah tak terdetik bahawa, anda ingin waktu-waktu dahulu berputar kembali, supaya anda boleh memperbetulkan segala kesilapan dahulu? Emm..Setiap orang mempunyai waktu bersejarah dan berharga masing-masing, bahkan, aku merasa waktu 24 jam yang dianugerahkan oleh Tuhan selalu tidak mencukupi..
Aku banyak menoleh ke masa silam, kata orang "Kejayaan kamu hari ini banyak bergantung kepada kisah lampau mu.." Emmm..aku bersetuju dengan pepatah itu, dari kisah silam kita belajar sesuatu untuk memperbaiki diri dan membuat yang lebih baik lagi pada masa akan datang, kesilapan itu yang mengajar kita untuk lebih tabah dan sabar, sesungguhnya, Tuhan itu maha adil untuk memberikan peluang mencuba..
Namun, kita sering lalai dan alpa..suka mengejar waktu, tidak menghargai detik yang berlalu, dan rasa menyesal setelah waktu meninggalkan kita..
ITULAH MANUSIA DAN WAKTU!!
Renungkanlahh...
No comments:
Post a Comment